Polisi Privasi

Berkuat kuasa: 17 November 2026 · Versi 2026-11-17

Pengendali data: MLK DIGITAL (No. Pendaftaran SSM 003867510-M), 22A, Jalan Bulatan Tanjung Bidara - Masjid Tanah Kampung Pahang, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Hubungi: [email protected]

Polisi ini menerangkan data yang kami kumpul melalui laman sifirrush.my, permainan SifirRush (Pasar Malam Sifir) dan papan pemuka ibu bapa, serta hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

1. Ringkasan

2. Data yang kami kumpul

2.1 Bermain tanpa akaun (versi percuma dan beta)

Disimpan dalam peranti sahaja (storan pelayar) dan tidak dihantar kepada kami: nama panggilan dan avatar watak; rekod jawapan (soalan sifir, jawapan, betul/salah, masa menjawab, tarikh); kemajuan permainan (duit dalam permainan, gerai, hiasan, haiwan peliharaan); dan tetapan (bahasa, darjah, tempoh peringatan rehat, kurang animasi).

2.2 Akaun ibu bapa (apabila jualan dibuka)

2.3 Pembayaran

Bayaran diproses oleh CHIP (FPX / DuitNow). Kami tidak menerima atau menyimpan butiran akaun bank atau kad anda. CHIP memproses data bayaran mengikut polisi privasinya sendiri.

2.4 Senarai menunggu

Jika anda menyertai senarai menunggu, kami simpan alamat e-mel anda dan masa anda bersetuju. Kami hantar satu e-mel apabila jualan dibuka, dengan pautan untuk keluar dari senarai. Tiada e-mel pemasaran lain.

2.5 Laman sifirrush.my

Kami mungkin menggunakan statistik lawatan agregat melalui Cloudflare Web Analytics, tanpa kuki dan tanpa profil individu.

2.6 E-mel kepada kami

Jika anda menulis kepada [email protected], kami simpan e-mel itu untuk menjawab dan menyelesaikan permintaan anda.

3. Tujuan

Kami menggunakan data untuk menjalankan permainan; menunjukkan Laporan Ibu Bapa; mengurus akaun, lesen dan peranti; memproses pembelian dan refund; menghantar e-mel log masuk, resit dan notis penting; dan mencegah penipuan serta memenuhi kewajipan undang-undang. Kami tidak menggunakan data anak untuk pengiklanan, profil pemasaran atau keputusan automatik yang menjejaskan anak.

4. Kanak-kanak

SifirRush direka untuk murid sekolah rendah. Akaun, pembelian dan senarai menunggu hanya untuk ibu bapa atau penjaga berumur 18 tahun ke atas. Ibu bapa yang memautkan peranti anak memberi persetujuan bagi pihak anak. Kandungan pemasaran kami ditujukan kepada ibu bapa sahaja.

5. Perkongsian data

Kami berkongsi data hanya dengan pemproses yang perlu untuk menjalankan perkhidmatan:

Kami boleh mendedahkan data jika diwajibkan oleh undang-undang atau perintah mahkamah.

6. Pemindahan ke luar Malaysia

Pembekal seperti Cloudflare mungkin memproses data di pusat data di luar Malaysia. Kami memilih pembekal yang menyediakan perlindungan data yang setara.

7. Tempoh simpanan

8. Hak anda

Di bawah PDPA anda boleh mengakses dan mendapat salinan data anda, membetulkan data yang tidak tepat, menarik balik persetujuan dan memadam akaun, meminta salinan data dalam format yang boleh dipindahkan, dan keluar dari senarai menunggu pada bila-bila masa.

Apabila papan pemuka ibu bapa dibuka, butang Muat turun data dan Padam akaun tersedia di sana. Anda juga boleh e-mel [email protected]; permintaan diproses dalam 21 hari. Kami mungkin meminta pengesahan bahawa anda pemilik akaun. Memadam akaun tidak memadam data dalam peranti anak.

9. Keselamatan

Sambungan disulitkan (HTTPS); log masuk menggunakan pautan sekali guna yang tamat tempoh; akses pentadbir terhad dan diaudit; dan data pembelajaran anak tidak dipaparkan kepada pentadbir secara lalai. Jika berlaku pelanggaran data yang menjejaskan anda, kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa mengikut undang-undang.

10. Perubahan polisi

Kami akan memaklumkan perubahan penting melalui e-mel atau notis di laman ini sebelum ia berkuat kuasa.

11. Hubungi

MLK DIGITAL · [email protected]