Sifir makin hebat.
Pasar makin meriah.
Permainan sifir untuk murid Tahun 1–6. Anak buka gerai pasar malam, kira pesanan pelanggan dan bina pasar sendiri.
Main sekarang Tengok cara main ↓Tahun 1–6 · Sifir 2 hingga 12 · Main dalam pelayar, tanpa daftar
Satu pesanan.
Satu sifir.
“Nak empat cawan air tebu. RM2 secawan.” Berapa jumlahnya?
4 × RM2 = RM8- Baca pesanan pelanggan.
- Kira dan taip jumlah di mesin duit.
- Guna duit jualan untuk naik taraf gerai.

Tersilap?
Kita kira sama-sama.
Kalau jawapan salah, game tunjuk cara kira dengan gambar. Pelanggan itu datang semula nanti supaya anak boleh cuba lagi.
Tiada had masa. Pelanggan tak pernah marah atau pergi.


Mula dengan air tebu.
Bina pasar sendiri.
Buka gerai Satay, Apam Balik dan banyak lagi. Susun gerai, gantung tanglung dan hias Pasar Saya dengan duit jualan.
Kenalkan Oyen. Ajak dia main, belai dan kumpul hati untuk buka aksesori.

Tahu sifir mana
nak latih esok.
Laporan Ibu Bapa dalam game tunjuk tiga perkara dahulu:
- Yang anak sudah boleh — sifir yang dah diingat dengan betul dan laju.
- Perlu bantuan — fakta yang masih kerap tersilap.
- Satu tindakan untuk ibu ayah — latihan ringkas untuk sesi seterusnya.
Laporan dibuka dalam game, pada peranti yang anak guna. Data kemajuan disimpan dalam peranti itu.

Soalan ibu bapa
Untuk murid tahun berapa?
Murid sekolah rendah Tahun 1–6. Anak mula di Gerai Air Tebu (sifir 2), kemudian beli gerai sifir lain dengan duit jualan dalam game.
Kalau anak belum lancar sifir?
Tiada masalah. Tiada had masa untuk menjawab. Jika tersilap, game tunjuk cara kira dengan gambar dan beri peluang cuba semula.
Boleh main di telefon?
Boleh. Buka dalam pelayar iPhone atau Android. Panduan tambah ke skrin utama ada dalam game.
Perlu daftar akaun?
Tidak. Versi beta dibuka terus dalam pelayar. Kemajuan anak disimpan dalam peranti yang digunakan.
Ada peringatan rehat?
Ada. Secara lalai, game ingatkan anak berehat selepas 30 minit. Ibu bapa boleh ubah atau tutup dalam bahagian Untuk Ibu Bapa.



